kenapa? tuhan maha mengetahui..

Kenapa tuhan temukan kita dengan orang yg salah?

Memang sakit bila cinta yang kita dambakan selama ini tidak  di hargai  oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita di buang  begitu saja.  Tapi itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan  kita pada masa  akan datang


 Memang  Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah.. Di antara  nya,


 - supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar, masih ada rasa syukur   kita pada ketentuan-Nya.


 - supaya  kita dapat menjadi penilai yang baik.


 -  supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa   mengharapkan pertolongan Allah.


 -  supaya kita dapat kasih sayang yang terbaik, khas untuk diri kita.


 - supaya kita sedar bahawa Allah Maha Pemurah & Penyayang kerana   mengingatkan kita si dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan   kehidupan kita pada masa depan.


 -  supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang  berpeluang  untuk mengalaminya.


 - supaya kita jadi  manusia yang hebat jiwanya.


 - supaya  kita lebih faham bahawa cinta yang terbaik hanya ada bersama  Allah.


 - supaya kita lebih mengenali kehidupan yang tidak selamanya kekal.


 Fahami lah kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan